Oleh: Dyan Shalihah
(Kontributor CemerlangMedia.Com)
CemerlangMedia.Com — PUISI
Gagah pemuda berjajar tanpa bimbang
Kerana iman teguh di dada
Siap siaga kala musuh datang menyerang
Tiada takut, tiada ragu dengan apa pun jua
Dentuman senjata berat terdengar membahana
Memenuhi seluruh sisi dan lorong kota
Jeritan ibu memeluk anaknya yang tak bernyawa
Tangisan anak kecil kehilangan orang tuanya
Tiadakah engkau melihat semua itu
Tiadakah engkau mendengar jeritan itu
Tiadakah engkau peduli tangisan itu
Tiadakah engkau terpanggil saudaraku
Janganlah sekat nasionalisme kau jadikan alasan
Hingga para pemudamu tertidur sia-sia
Bukankah kau mengaku kita seiman
Bukankah kau berteriak kita bersaudara
Lantas, kenapa engkau diam?
Bangunlah wahai para pemuda Islam!
Usirlah penjajah dari P4l3stin4!
Kerana sesungguhnya Al-Quds adalah milik kita [CM/NA]
Views: 13






















